Tamadun Hwang Ho

Monday 30 July 2012


Lokasi tamadun
Muncul kerana terdapat tanah yang subur di sekitar sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning.
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang China.
Terletak di bahagian utara Negara China.
Mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
Ciri-ciri fizikal muka buminya bergunung-gunang dan berpadang pasir.
Kerangka masa
Dikesan daripada penemuan tengkorak Homo Sapiens yang dikenali sebagai Peking Men telah membuktikan wujudnya kehidupan pada Zaman Paleolitik.
Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.
Proses pembentukan
Terbentuk dari kesuburan tanah di sekitar sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya.
Menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di sini.
Petempatan awal penduduk adalah di Tapak Banpo.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian, pertenakan binatang, memburu dan mengumpul hasil hutan.
Anyang adalah salah sebuah bandar terawal tamadun ini dan menjadi pusat negara kota kerajaan Dinasti Shang.
Dinasti Shang melakukan perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
Ketika zaman pemerintahan Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
Ciri-ciri
Organisasi social
Raja berkedudukan paling tinggi dan mempunyai kuasa dalam politik, ekonomi, social dan agama.
Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing dan mentadbir wilayah mereka.
Lapisan seterusnya ialah kumpulan petani, artisan dan pedagang.
Hamba merupakan golongan paling rendah kedudukannya dalam status social.
Sistem pemerintahan
Dinasti Shang mengamalkan system pemerintahan beraja.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
Pengkhususan pekerjaan
Golongan pembesar mempunyai kumpulan tentera masing-masing.
Golongan petani adalah tunggak ekonomi dan pentadbiran.
Golongan artisan mencipta pelbagai jenis barangan tembaga seperti bekas minuman, bekas makanan, senjata dan tembikar.
Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan dan buruh.
Agama dan kepercayaan
Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk Animisme, Politeisme dan penyambahan roh nenek moyang.
Mengamalkan penyembahan tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu).
Sistem tulisan
Sistem tulisan adalah berbentuk ideogram iaitu berbentuk symbol.
Sumbangan
· Mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan berpegang pada konsep anak syurga mandat tuhan
· Membina sistem pengairan untuk kegiatan pertanian
· Mencipta alat pertanian daripada besi
· Mencipta sistem tulisan yang berkembang sehingga kini
· Memuja roh nenek moyang dan berpegang pada konsep Yin & Yang serta Feng Shui
· Falsafah Sun Tzu diwarisi sehingga kini

Tamadun Mesir Purba



Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

Kerangka masa
1. Petempatan awal sudah bermula sejak Zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10000 S.M. hingga 5000 S.M. dan berkembang di persekitaran wilayah delta dan juga di bahagian pertengahan Mesir.
2. Perkembangan ini berlaku pada sekitar tahun 3500 S.M. dan akhirnya wilayah ini menjadi pusat tamadun awal.
3. Tamadun Mesir Purba dapat dibahagikan kepada empat zaman.
4. Tempohan peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan yang baharu adalah lama.
5. Zaman Empayar merupakan zaman kegemilangan dalam tamadun Mesir Purba dan kemudiannya tamadun Mesir Purba mengalami zaman kejatuhan.
6. Ini berlaku apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya, Kush, Parsi, Yunani dan Rom.

Proses pembentukan
1. Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.
(a)    Mereka menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian.
(b)   Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.
(c)    Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian.
2.(a) Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.
(b) Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah Bandar.
(c) Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau       daerah.
 (d) Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran seperti Bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

Ciri-ciri tamadun Mesir Purba
Petempatan kekal
1.       Pada tahun 3200 S.M., Firaun Menes telah Berjaya menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan.
2.       Pusat pentadbirannya di Bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.
3.       Kemudiannya, pusat pentadbirannya telah berpindah ke Bandar Memphis yang hamper dengan delta Sungai Nil.
4.       Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Bandar Thebes.
5.       Selain itu, terdapat juga beberapa Bandar yang penting, antaranya ialah Heliopolis, Fayoum dan Abydos.
6.       Kehidupan di Bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting.
(a)    Di sinilah tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan, pentadbiran dan pelabuhan penting.
(b)   Bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.

Kehidupan berorganisasi
1.       Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.
2.       Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun dan pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai Tuhan Horus.
3.       Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dianggap sebagai anak Tuhan matahari, iaitu Amon-Re.
4.       Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
5.       Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.
6.       Kemudian diikuti oleh golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
7.       Lapisan yang paling bawah ialah golongan hamba.

Sistem pemerintahan
1.       Diterajui oleh firaun dan belian dibantu oleh golongan bangsawan.
2.       Golongan bangsawan membantu menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan.
3.       Golongan bangsawan ini terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor.
4.       Gabenor mentadbir wilayah yang ditakluki.
5.       Para rahib berperanan untuk mentadbir hal keagamaan.
6.       (a) Jurutulis juga membantu dalam urusan pentadbiran.
(c)    Mereka merupakan jurutulis orang awam yang dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
7.       Kerajaan Mesir Purba berbentuk empayar yang meliputi Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
8.       Tamadun Mesir Purba mengiktiraf wanita sebagai pemimpin pada Zaman Empayar.
(a)    Contohnya, Firaun Hatshepshut telah dilantik menjadi firaun.
(b)   Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan yang menyebabkan padang pasir menjadi tanah pertanian yang subur.
(c)    Keupayaan beliau standing dengan pencaipaian firaun lelaki.
(d)   Ini jelas membuktikan bahawa wanita mampu memerintah  serta memiliki status yang tinggi.


Pengkhususan kerja
1.       Mesir Purba berkembang maju kerana wujudnya aktiviti penenunan pembuatan barang tembikar dan peralatan.
2.       Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
3.       Terdapat aktiviti perlombongan emas di Nubia.
4.       (a) Pengangkutan air menjadi penting kerana adanya Sungai Nil.
(b) Kapal-kapal boleh menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliopolis
      5.    Sistem pemerintahan yang terancang telah Berjaya menarik para pedagang dari Laut               
Mediterranean dan Laut Merah.

Agama dan Kepercayaan
1.       Orang Mesir Purba mempercayai konsep politeisme iaitu menyembah banyak tuhan.
2.       Setiap tuhannya dikaitkan dengan unsure alam seperti Re(Tuhan Matahari), Ra-Atum(Tuhan Langit) dan Amun(Tuhan Angin)
3.       Orang Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas mati, maka mayat disimpan dan dijaga dengan teliti.
4.       Makam dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.
5.       Mayat diiringi dan ditanam dengan barangan serta kelengkapan harian.
6.       Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan menunjukkan status mayat.

Tamadun Indus


Lokasi tamadun
Tamadun terawal di India.
Terletak di Lembah Indus.
Dikenali sebagai tamadun Harrapa.
Dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Balichistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.

Kerangka masa
Muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
Kemusnahan adalah disebabkan serangan daripada orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

Proses pembentukan
Di bahagian barat laut India, wujud penduduk nomad. Mereka menyara diri dengan cara memburu dan mengumpul makanan.
Penduduk ini kemudian membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan Sungai Indus menyediakan sumber air dan penyuburan tanah.
Penghasilan pertanian membawa kepada pertambahan penduduk.
Bandar utama ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Bandar pelabuhan pula ialah Lothal dan Sutkagen.
Ciri-ciri
Negara kota
Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
Pada bahagian utama terdapat pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan banguhan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk ritual dan pembersihan, serta tempat penyimpanan hasil pertanian.
Pada bahagian kedua pula ialah kawasan perumahan yang dirancang dengan rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik.
Bangunan disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
Dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Pendeta merupakan kelas atasan utama.
Mempunyai kuasa pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
Golongan bawahan seperti petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
Buruh menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan Bandar,membina tembok di benteng dan membina terusan.

Aktiviti ekonomi
Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , pertanian, pertukangan dan pembuatan.
Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor.
Hasil dagangan adalah seperti emas, gading gajah, manic dan hasil pertanian.
Petani menanam jenis tanaman untuk makanan seperti barli dan kacang.
Artisan pula terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

Agama dan kepercayaan
Mempunyai satu amalan agama dengan penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai Patung Proto-Siva.
Percaya kepada Tuhan Ibu yang diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal.
Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu juga berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

Sistem tulisan
Jenis piktograf tetapi belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan

Pembinaan Bandar tarancang
Pada zaman kemakmuran Tamadun Indus, wujud Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa.
Kecemerlangan dalam perancangan Bandar berkait rapat dengan pengetahuan yang tinggi dalam bidang geometrid n pembinaan.
Kecemerlangan perancangan Bandar tamdun ini merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuk geometrid dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

Teknologi pembakaran batu bata
Teknologi pembakaran batu bata turut meningkatkan mutu bahan binaan.
Teknik ini menghasilkan batu bata dengan pembakaran dalam suhu yang tinggi.

Sistem keterbukaan
Sifat keterbukaan yang diamalkan dalam Tamdun Indus telah membuka peluang perhubungan dengan tamadun-tamadun lain.
Sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
Rumusan
Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian & keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan

Tamadun Mesopotamia



Lokasi
·      Tamadun terawal di dunia
·      Lahir di wilayah (Mesopotamia)
·      Mesopotamia berasal dari Bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai
·      Terletak di antara Sg. Tigris & Sg. Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki ke tanah lembah & pamah Iraq hingga ke Teluk Persi
·      Dikelilingi oleh pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di bahagian barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan 


Kerangka masa
·      Berkambang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000S.M.
·      Berkembang menjadi pusat tamadun awal pada 3500S.M.
·      Kerajaan Sumeria ialah kerajaan terawal yang jatuh di lembah Mesopotamia(3500S.M.) manakala Kerajaan Chaldea ialah kerajaan yang terakhir(539S.M.)
·      Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman perintah:
          Ø  Kerajaan Sumeria – 3500-2340S.SM.
          Ø  Kerajaan Akkad – 2371-2006S.M.
          Ø  Kerajaan Ur – 2113-2006S.M.
          Ø  Kerajaan Babylon Awal atau Lama –                     2000-1530S.M.
          Ø  Kerajaan Kassites – 1530-1100S.M.
          Ø  Kerajaan Assyria – 1100-626S.M.
Ø  Kerajaan Chaldea – 626-539S.M.
·      Selepas Kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia
·      Kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama & Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia

Proses Pembentukan
·      Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara & bahagian selatan
·      Bahagia utara – Bandar Baghdad meliputi kawasan Sg.Tigris hingga ke utara termasuk Sg.Zab yang dikenali sebagai Assyria
·      Bahagian selatan – Bandar Baghdad meliputi kawasan Sg.Tigris & Sg.Euphrates yang hamper bercantum & dikenali sebagai Babylon. Babylon dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu Akkad di utara & Sumeria di selatan
·      Tamadun Mesopotamia dikatakan mula berkembang di selatan, iaitu Sumer oleh orang Sumeria
·      Orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelum ini kebudayaan Neolitik telah wujud serta berkambang di wilayah ini
·      Ketibaan Orang Sumeria telah membawa kemajuan kepada Tamadun Mesopotamia
·      Tanah ditebus guna & system pengairan dibina di situ untuk tujuan pertanian
·      Petempatan atau perkampungan mula didirikan di sepanjang sungai
·      Hasil pertanian meningkat & meyebabkan jumlah penduduk bertambah
·      Perkampungan-perkampungan di situ kemudian menjadi Bandar & selanjutnya muncul beberapa buah negara kota
·      Kota yang penting pada masa itu ialah Ur, Assur, Lagash, Uruk, Eridu, Nippur & Mari
·      Semua negara kota ini terletak di sepanjang sungai & terusan

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Petempatan Kekal
·      Munculnya negara kota seperti Ur, Urech, Eridu, Kish, Assur & Nippur
·      Kota-kota terletak di kawasan tanah pamah lazimnya di tepi sungai atau tasik
·      Kota tersebut mudah dihubungi dengan alat pengangkutan seperti kapal, pedati & keldai untuk membolehkan aktiviti perdagangan berkembang
·      Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
·      Kebanyakan kota di Mesopotamia mempunyai bahagian pusat kota, luar kota, tembok kota dan pelabuhan
·      Setiap negara kota dilindungi oleh kubu pertahanan & pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan negara kota
·      Istana, rumah kediaman, rumah ibadat (zigurat), rumah kedai & pasar juga wujud di dalam kota
·      Jalan yang lurus & lebar juga dibina
·      Zigurat merupakan pusat kota kerana menjadi tumpuan masyarakat Mesopotamia ketika itu 

Organisasi Sosial
·       Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah & golongan rakyat
·       Golongan pemerintah yang terdiri daripada raja, ketua pendeta, pemimpin tentera & orang bangsawan
·       Golongan rakyat yang terdiri daripada rakyat bebas (petani, pedagang & artisan) & hamba (tawanan perang yang merupakan tempat yang terendah dalam masyarakat Mesopotamia)

Sistem Pemerintahan
·      Raja merupakan pemerintah kerajaan.
·      Sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi, iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan
·      Namun, masyarakat tidak menyembah raja mereka kecuali pada zaman pemerintahan Raja Naramsin(2291-2255S.M.) di Akkad
·      Beliau mamaksa rakyat menyembahnya kerana menganggap dirinya terlalu agung kkerana kejayaannya membina empayar yang luas
·      Beliau juga menggelar dirinya sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’ kerana kejayaan tersebut
·      Raja ialah pemilik negara kota, ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta
·      Raja Mesopotamia juga berperanan sebagai ketua agama
·      Ahli keluarga diraja dilantik oleh raja untuk memgang jawatan-jawatan penting di ziggurat
·      Bentuk pentabitan zigurat juga ditentukan raja
·      Zigurat merupakan pusat keaamaan yang  juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara
·      Raja berkuasa dalam segala aspek kerajaan dan pentadbiran. Hal ini termasuklah soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perdagangan
·      Raja dibantu oleh golongan bangsawan  yang biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja. Mereka dilantik menjadi pengawai kerajaan

Pengkhususan Pekerjaan
·      Apabila berlaki lebihan hasil pertanian, maka wujud kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia. Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan
·      Saudagar dan peniaga Mesopotamia bukan sekadar menjalankan perdagangan mereka di kawasan sekiar Mesopotamia, tetapi juga di kawasan sekitar Lembah Indus
·      Perdagangan luar ini penting untuk menukar hasil pertanian mereka bagi memperoleh bahan mentah yang tidak terdapat di Mesopotamia seperti logam, emas, perak dan kayu
·      Akibat pertambahan penduduk di negara kota, ada yang menjadi tukang rumah untuk membina rumah yang lebih banyak
·      Terdapat juga rakyat yang menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara
·      Terdapat anggota masyarakat yang menjadi pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian

Bahasa & Tulisan
·      Sistem tulisan diwujudkan dengan berkembangnya ilmu pengetahuan
·      Sistem tulisan digunakan untuk melicinkan urusan perdagangan & pentadbiran
·      Tulisan orang Sumeria pada mulanya berbentuk gambar, kemudiannya dipermudahkan dalam bentuk symbol lalu wujud system tulisan berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform
·      Tulisan ditulis pada tanah liat kerana bahan untuk membuat kertas belum wujud pada tamadun itu 

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Perundangan
·      Kod undang-undang Hammurabimerupakan kod undang-undang yang tertua di dunia
·      Kod ini digubal oleh Raja Hammurabi (pemerintah Babylon) & manjadi dasar perundangan dalam Tamadun Mesopotamia
·      Kod Hammurabi Berjaya memainkan peranan penting dalam
Ø  Mengelakkan masalah dalam masyarakat yang pelbagai kaum & terdiri daripada susn lapis yang berbeza
Ø  Mewujudkan perpaduan & mengukuhkan system organisasi masyarakat
Ø  Membantu Tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu lebih kurang 3000 tahun (3500-539S.M.)

Ciri-ciri kod Hammurabi
·      Dipahat pada tembok & tiang-tiang besar yang tinggi supaya rakyat dapat membaca & mengetahui hak mereka
·      Prinsip utamanya ialah hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakunya, tetapi hukuman & denda adalah berbeza untuk lapisan masyarakat yang berlainan
·      Berperikemanusiaan & berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
·      Megandungi kira-kira 282 undang-undang yang meliputi semua aspek kehidupan



           


Sistem Tulisan
·      Sistam tulisan yang mewujud telah membawa kepada perkembangan system pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis
·      Urusan pentadbiran & perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis mereka
·      Semua urusan jual beli disertakan dengan resit, ota urus niaga & surat kredit
·      Sistem tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah & cara hidup orang Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh
·      Epik ini merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia 



Aspek Estetika
·      Cara membuat batu bata diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun Mesopotamia
·      Pembinaan arca & tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi bangunan seperti zigurat
·      Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar Sumeria
·      Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istananya dikenali sebagai “Tamadun Tergantung Babylon”
·      Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres
·      Hal ini menampakkan seolah-olah taman ini tergantung

Pembinaan Empayar & Aspek Pentadbiran
·      Empayar pertama di dunia dibina oleh Raja Sargon (kerajaan Akkad) yang berjaya menyatukan wilayah di sekitar Mesopotamia
·      Hal ini diikuti oleh raja-raja tamadun lain, contohnya Firaun Tutmose III (Mesir Purba)
·      Kerajaan Mesopotamia juga merupakan kerajaan pertama dalam mewujudkan system pentadbiran yang teratur dengan wujudnya undang-undang, tatcara perdagangan & system perbandaran yang teratur 

Ilmu Astronomi
·      Penerapan pergerak bulan, bintang  & matahari  > perkembangan ilmu matematik & geometri
·      Penggunaan jalan laut (kompas)
·      Penciptaan kalender berasaskan system solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun 

Ilmu Perubatan
·      Dapat perhatian khusus (pemerintah Assyura)
·      Mementingkan kesihatan tentera
·      500 jenis ubat-ubatan (herba & ramuan)

Penciptaan Roda
·      Tujuan untuk menghasilkan kereta kuda untuk peperangan
·      Penciptaan kincir air
·      Penciptaan alat pengangkutan
·      Contohnya : kapal layar 

Batu Bata
·      Penciptaan daripada tanah liat
·      Mencipta arca & tiang batu
·      Contohnya : patung Raja Gudea
·      Arca & tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat