Tamadun Mesopotamia

Monday 30 July 2012



Lokasi
·      Tamadun terawal di dunia
·      Lahir di wilayah (Mesopotamia)
·      Mesopotamia berasal dari Bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai
·      Terletak di antara Sg. Tigris & Sg. Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki ke tanah lembah & pamah Iraq hingga ke Teluk Persi
·      Dikelilingi oleh pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di bahagian barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan 


Kerangka masa
·      Berkambang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000S.M.
·      Berkembang menjadi pusat tamadun awal pada 3500S.M.
·      Kerajaan Sumeria ialah kerajaan terawal yang jatuh di lembah Mesopotamia(3500S.M.) manakala Kerajaan Chaldea ialah kerajaan yang terakhir(539S.M.)
·      Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman perintah:
          Ø  Kerajaan Sumeria – 3500-2340S.SM.
          Ø  Kerajaan Akkad – 2371-2006S.M.
          Ø  Kerajaan Ur – 2113-2006S.M.
          Ø  Kerajaan Babylon Awal atau Lama –                     2000-1530S.M.
          Ø  Kerajaan Kassites – 1530-1100S.M.
          Ø  Kerajaan Assyria – 1100-626S.M.
Ø  Kerajaan Chaldea – 626-539S.M.
·      Selepas Kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia
·      Kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama & Assyria merupakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia

Proses Pembentukan
·      Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara & bahagian selatan
·      Bahagia utara – Bandar Baghdad meliputi kawasan Sg.Tigris hingga ke utara termasuk Sg.Zab yang dikenali sebagai Assyria
·      Bahagian selatan – Bandar Baghdad meliputi kawasan Sg.Tigris & Sg.Euphrates yang hamper bercantum & dikenali sebagai Babylon. Babylon dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu Akkad di utara & Sumeria di selatan
·      Tamadun Mesopotamia dikatakan mula berkembang di selatan, iaitu Sumer oleh orang Sumeria
·      Orang Sumeria bukan peneroka awal kerana sebelum ini kebudayaan Neolitik telah wujud serta berkambang di wilayah ini
·      Ketibaan Orang Sumeria telah membawa kemajuan kepada Tamadun Mesopotamia
·      Tanah ditebus guna & system pengairan dibina di situ untuk tujuan pertanian
·      Petempatan atau perkampungan mula didirikan di sepanjang sungai
·      Hasil pertanian meningkat & meyebabkan jumlah penduduk bertambah
·      Perkampungan-perkampungan di situ kemudian menjadi Bandar & selanjutnya muncul beberapa buah negara kota
·      Kota yang penting pada masa itu ialah Ur, Assur, Lagash, Uruk, Eridu, Nippur & Mari
·      Semua negara kota ini terletak di sepanjang sungai & terusan

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Petempatan Kekal
·      Munculnya negara kota seperti Ur, Urech, Eridu, Kish, Assur & Nippur
·      Kota-kota terletak di kawasan tanah pamah lazimnya di tepi sungai atau tasik
·      Kota tersebut mudah dihubungi dengan alat pengangkutan seperti kapal, pedati & keldai untuk membolehkan aktiviti perdagangan berkembang
·      Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
·      Kebanyakan kota di Mesopotamia mempunyai bahagian pusat kota, luar kota, tembok kota dan pelabuhan
·      Setiap negara kota dilindungi oleh kubu pertahanan & pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan negara kota
·      Istana, rumah kediaman, rumah ibadat (zigurat), rumah kedai & pasar juga wujud di dalam kota
·      Jalan yang lurus & lebar juga dibina
·      Zigurat merupakan pusat kota kerana menjadi tumpuan masyarakat Mesopotamia ketika itu 

Organisasi Sosial
·       Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah & golongan rakyat
·       Golongan pemerintah yang terdiri daripada raja, ketua pendeta, pemimpin tentera & orang bangsawan
·       Golongan rakyat yang terdiri daripada rakyat bebas (petani, pedagang & artisan) & hamba (tawanan perang yang merupakan tempat yang terendah dalam masyarakat Mesopotamia)

Sistem Pemerintahan
·      Raja merupakan pemerintah kerajaan.
·      Sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi, iaitu raja dianggap sebagai wakil tuhan
·      Namun, masyarakat tidak menyembah raja mereka kecuali pada zaman pemerintahan Raja Naramsin(2291-2255S.M.) di Akkad
·      Beliau mamaksa rakyat menyembahnya kerana menganggap dirinya terlalu agung kkerana kejayaannya membina empayar yang luas
·      Beliau juga menggelar dirinya sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’ kerana kejayaan tersebut
·      Raja ialah pemilik negara kota, ketua pentadbir, ketua tentera dan ketua pendeta
·      Raja Mesopotamia juga berperanan sebagai ketua agama
·      Ahli keluarga diraja dilantik oleh raja untuk memgang jawatan-jawatan penting di ziggurat
·      Bentuk pentabitan zigurat juga ditentukan raja
·      Zigurat merupakan pusat keaamaan yang  juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara
·      Raja berkuasa dalam segala aspek kerajaan dan pentadbiran. Hal ini termasuklah soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perdagangan
·      Raja dibantu oleh golongan bangsawan  yang biasanya mempunyai pertalian dengan keluarga diraja. Mereka dilantik menjadi pengawai kerajaan

Pengkhususan Pekerjaan
·      Apabila berlaki lebihan hasil pertanian, maka wujud kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia. Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan
·      Saudagar dan peniaga Mesopotamia bukan sekadar menjalankan perdagangan mereka di kawasan sekiar Mesopotamia, tetapi juga di kawasan sekitar Lembah Indus
·      Perdagangan luar ini penting untuk menukar hasil pertanian mereka bagi memperoleh bahan mentah yang tidak terdapat di Mesopotamia seperti logam, emas, perak dan kayu
·      Akibat pertambahan penduduk di negara kota, ada yang menjadi tukang rumah untuk membina rumah yang lebih banyak
·      Terdapat juga rakyat yang menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara
·      Terdapat anggota masyarakat yang menjadi pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian

Bahasa & Tulisan
·      Sistem tulisan diwujudkan dengan berkembangnya ilmu pengetahuan
·      Sistem tulisan digunakan untuk melicinkan urusan perdagangan & pentadbiran
·      Tulisan orang Sumeria pada mulanya berbentuk gambar, kemudiannya dipermudahkan dalam bentuk symbol lalu wujud system tulisan berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform
·      Tulisan ditulis pada tanah liat kerana bahan untuk membuat kertas belum wujud pada tamadun itu 

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Perundangan
·      Kod undang-undang Hammurabimerupakan kod undang-undang yang tertua di dunia
·      Kod ini digubal oleh Raja Hammurabi (pemerintah Babylon) & manjadi dasar perundangan dalam Tamadun Mesopotamia
·      Kod Hammurabi Berjaya memainkan peranan penting dalam
Ø  Mengelakkan masalah dalam masyarakat yang pelbagai kaum & terdiri daripada susn lapis yang berbeza
Ø  Mewujudkan perpaduan & mengukuhkan system organisasi masyarakat
Ø  Membantu Tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu lebih kurang 3000 tahun (3500-539S.M.)

Ciri-ciri kod Hammurabi
·      Dipahat pada tembok & tiang-tiang besar yang tinggi supaya rakyat dapat membaca & mengetahui hak mereka
·      Prinsip utamanya ialah hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakunya, tetapi hukuman & denda adalah berbeza untuk lapisan masyarakat yang berlainan
·      Berperikemanusiaan & berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
·      Megandungi kira-kira 282 undang-undang yang meliputi semua aspek kehidupan



           


Sistem Tulisan
·      Sistam tulisan yang mewujud telah membawa kepada perkembangan system pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis
·      Urusan pentadbiran & perniagaan yang dijalankan di Mesopotamia direkodkan oleh jurutulis mereka
·      Semua urusan jual beli disertakan dengan resit, ota urus niaga & surat kredit
·      Sistem tulisan juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang mencerminkan falsafah & cara hidup orang Mesopotamia seperti Epik Gilgamesh
·      Epik ini merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia 



Aspek Estetika
·      Cara membuat batu bata diperkenalkan kepada dunia oleh tamadun Mesopotamia
·      Pembinaan arca & tiang batu telah dicipta untuk mengindahkan lagi bangunan seperti zigurat
·      Contoh arca ialah patung Raja Gudea, pengasas empayar Sumeria
·      Raja Chaldea, iaitu Raja Nebuchadnezzar pula membina semula Babylon dengan begitu indah sehingga kawasan sekitar istananya dikenali sebagai “Tamadun Tergantung Babylon”
·      Dalam taman ini terdapat pelbagai jenis pokok serta pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres
·      Hal ini menampakkan seolah-olah taman ini tergantung

Pembinaan Empayar & Aspek Pentadbiran
·      Empayar pertama di dunia dibina oleh Raja Sargon (kerajaan Akkad) yang berjaya menyatukan wilayah di sekitar Mesopotamia
·      Hal ini diikuti oleh raja-raja tamadun lain, contohnya Firaun Tutmose III (Mesir Purba)
·      Kerajaan Mesopotamia juga merupakan kerajaan pertama dalam mewujudkan system pentadbiran yang teratur dengan wujudnya undang-undang, tatcara perdagangan & system perbandaran yang teratur 

Ilmu Astronomi
·      Penerapan pergerak bulan, bintang  & matahari  > perkembangan ilmu matematik & geometri
·      Penggunaan jalan laut (kompas)
·      Penciptaan kalender berasaskan system solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun 

Ilmu Perubatan
·      Dapat perhatian khusus (pemerintah Assyura)
·      Mementingkan kesihatan tentera
·      500 jenis ubat-ubatan (herba & ramuan)

Penciptaan Roda
·      Tujuan untuk menghasilkan kereta kuda untuk peperangan
·      Penciptaan kincir air
·      Penciptaan alat pengangkutan
·      Contohnya : kapal layar 

Batu Bata
·      Penciptaan daripada tanah liat
·      Mencipta arca & tiang batu
·      Contohnya : patung Raja Gudea
·      Arca & tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat

11 comments:

Unknown said...

tq

Unknown said...

good man

Unknown said...

Nicely done.

Unknown said...

thanks☺

Unknown said...

THANK YOU SO MUCH.😊🖤

Unknown said...

oh my god of my luck is coming from my brain which i cannot find them in the world

Unknown said...

Who know to kill this web😎

Unknown said...

Noobbb

Unknown said...

This web is dumb

Unknown said...

Sapa tau nyanyi lagu Menggengam bara - BloodShed????🔥😂🤣😂🔥😂🥺🥺🐥🥫🐅🍶🍶🐅🐅😄🐅🔥😧😾😧😾😧😃😧😧😧😃😧😃😧😃😧🐅🍶🐅🥫🥫🐅🥫

Unknown said...

You lucky is bad...your life Crazy

Post a Comment