Tamadun Indus

Monday 30 July 2012


Lokasi tamadun
Tamadun terawal di India.
Terletak di Lembah Indus.
Dikenali sebagai tamadun Harrapa.
Dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Balichistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.

Kerangka masa
Muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
Kemusnahan adalah disebabkan serangan daripada orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

Proses pembentukan
Di bahagian barat laut India, wujud penduduk nomad. Mereka menyara diri dengan cara memburu dan mengumpul makanan.
Penduduk ini kemudian membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Petempatan kekal wujud disebabkan Sungai Indus menyediakan sumber air dan penyuburan tanah.
Penghasilan pertanian membawa kepada pertambahan penduduk.
Bandar utama ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Bandar pelabuhan pula ialah Lothal dan Sutkagen.
Ciri-ciri
Negara kota
Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
Pada bahagian utama terdapat pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan banguhan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk ritual dan pembersihan, serta tempat penyimpanan hasil pertanian.
Pada bahagian kedua pula ialah kawasan perumahan yang dirancang dengan rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik.
Bangunan disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
Dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
Pendeta merupakan kelas atasan utama.
Mempunyai kuasa pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
Golongan bawahan seperti petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
Buruh menjalankan kerja pemburuhan seperti menjaga kebersihan Bandar,membina tembok di benteng dan membina terusan.

Aktiviti ekonomi
Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan , pertanian, pertukangan dan pembuatan.
Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor.
Hasil dagangan adalah seperti emas, gading gajah, manic dan hasil pertanian.
Petani menanam jenis tanaman untuk makanan seperti barli dan kacang.
Artisan pula terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

Agama dan kepercayaan
Mempunyai satu amalan agama dengan penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai Patung Proto-Siva.
Percaya kepada Tuhan Ibu yang diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal.
Kepercayaan terhadap Tuhan Ibu juga berlaku dalam masyarakat di Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

Sistem tulisan
Jenis piktograf tetapi belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan

Pembinaan Bandar tarancang
Pada zaman kemakmuran Tamadun Indus, wujud Bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa.
Kecemerlangan dalam perancangan Bandar berkait rapat dengan pengetahuan yang tinggi dalam bidang geometrid n pembinaan.
Kecemerlangan perancangan Bandar tamdun ini merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuk geometrid dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

Teknologi pembakaran batu bata
Teknologi pembakaran batu bata turut meningkatkan mutu bahan binaan.
Teknik ini menghasilkan batu bata dengan pembakaran dalam suhu yang tinggi.

Sistem keterbukaan
Sifat keterbukaan yang diamalkan dalam Tamdun Indus telah membuka peluang perhubungan dengan tamadun-tamadun lain.
Sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
Rumusan
Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian & keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan

4 comments:

Unknown said...

Fuck U bitch asssssssss😃👍

Unknown said...

nice information







Unknown said...

you help me A LOT! thanks!

Unknown said...

Thanks tapi Tamadun Indus jadi negara kota atau tak

Post a Comment