Tamadun Hwang Ho

Monday 30 July 2012


Lokasi tamadun
Muncul kerana terdapat tanah yang subur di sekitar sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning.
Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang China.
Terletak di bahagian utara Negara China.
Mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
Ciri-ciri fizikal muka buminya bergunung-gunang dan berpadang pasir.
Kerangka masa
Dikesan daripada penemuan tengkorak Homo Sapiens yang dikenali sebagai Peking Men telah membuktikan wujudnya kehidupan pada Zaman Paleolitik.
Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M.
Proses pembentukan
Terbentuk dari kesuburan tanah di sekitar sungai Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya.
Menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di sini.
Petempatan awal penduduk adalah di Tapak Banpo.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian, pertenakan binatang, memburu dan mengumpul hasil hutan.
Anyang adalah salah sebuah bandar terawal tamadun ini dan menjadi pusat negara kota kerajaan Dinasti Shang.
Dinasti Shang melakukan perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
Ketika zaman pemerintahan Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
Ciri-ciri
Organisasi social
Raja berkedudukan paling tinggi dan mempunyai kuasa dalam politik, ekonomi, social dan agama.
Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing dan mentadbir wilayah mereka.
Lapisan seterusnya ialah kumpulan petani, artisan dan pedagang.
Hamba merupakan golongan paling rendah kedudukannya dalam status social.
Sistem pemerintahan
Dinasti Shang mengamalkan system pemerintahan beraja.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.
Pengkhususan pekerjaan
Golongan pembesar mempunyai kumpulan tentera masing-masing.
Golongan petani adalah tunggak ekonomi dan pentadbiran.
Golongan artisan mencipta pelbagai jenis barangan tembaga seperti bekas minuman, bekas makanan, senjata dan tembikar.
Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan dan buruh.
Agama dan kepercayaan
Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk Animisme, Politeisme dan penyambahan roh nenek moyang.
Mengamalkan penyembahan tuhan syurga (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu).
Sistem tulisan
Sistem tulisan adalah berbentuk ideogram iaitu berbentuk symbol.
Sumbangan
· Mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan berpegang pada konsep anak syurga mandat tuhan
· Membina sistem pengairan untuk kegiatan pertanian
· Mencipta alat pertanian daripada besi
· Mencipta sistem tulisan yang berkembang sehingga kini
· Memuja roh nenek moyang dan berpegang pada konsep Yin & Yang serta Feng Shui
· Falsafah Sun Tzu diwarisi sehingga kini

0 comments:

Post a Comment